Khamis, 22 Disember 2011

#10



Hari ini angin musim tengkujuh masih bertiup macam biasa. Disember. Bulan cuti. Bulan enjoy. Bulan perintah berkurung. Bagi perempuan macam aku tiada apa yang boleh dibuat. Petang Jumaat macam ni mesti bagus kalau makan cekodok aka jeput (dalam bahasa terengganu) dengan satu mug nescafe.

Bagi aku bulan Disember ni meaningful. Tapi tu dulu. Sekarang dah takde maknanya. Bagi budak lepasan SPM macam aku yang tak bekerja yang hanya goyang kaki dekat rumah sememangnya bosan. BOOO-san.

Terfikir juga nak cari kerja. Tapi hati aku ni lebih kepada "nak belajar" . Ceh. Dulu masa sekolah bukan main malas. Sekarang dah tak jadi pelajar sekolah mula lah gedik nak belajar. 

Dalam otak aku cuma ada dua tiga perkara yang berlegar. Tak banyak pun. Tapi solusinya masih belum diketemui. Konon azam nak bangun awal. Chittt. Tadi bangun 1.07 p.m. Tak boleh harap langsung. But at least aku masih sempat memasak tadi.

Dan bonda pulak aku berani jamin, sedang tonton Anugerah dekat Tv9. Entah pape lah bonda boleh minat sangat dekan sinetron Indon tuu. Semua jalan cerita lebih kurang jer. Dan bila aku suarakan suara hati aku depan bonda tentan sinetron Indon yang aku tak puas hati tu, balik-balik aku pulak yang kena.

Ayat pabret bonda, "Dah adik tengok cerite korea tu kenapa? Ape lah best sangat cerita korea tu? Tengok sampai nagis-nagis. Faedahnye takde mende pun. Bazir air mata jer. Eleh kata ke bonda best sangat. Diri sendiri tak sedorr duk tengok drama korea sampai pukul 3.00 pagi tak tidur lagi."

Ok, aku angkat bendera putih. Dah surrender. Taknak panjangkan cerita.

#Moral value, Jangan nak Mengkomenggkan orang kalau diri sendiri pun tak betul. Hihihi. < Credit to myself.



With love, Junks.

2 ulasan:

anamizu kaito berkata...

sini pon angi kuat gila.. pd hal guwa dduk FELDA je..bkn tepi laut tp angin die mengalahkan dduk tepi laut..




luv,
cik ana

I'm JUNKS berkata...

Duduk dekat FELDA best. Hahahah, dulu pun duduk dekat FELDA. :D Pagi-pagi rasa tak sanggup nak mandi. Hahahahha