Selasa, 20 Disember 2011

#9

Bonda selalu pesan, "Kakak tidur awal ye esok. Esok subuh susah pulak nanti nak bangun sembahyang."

Even sekarang aku bukan budak sekolah dah, tak semestinya aku boleh bangun lewat kan?

Dan bila aku bangun lewat... Situasi ini akan berlaku setiap kali aku bangun.

Bonda akan kata macam ni, "Kakak ni suka sangat bangun lewat. Anak dara jenis apa ni ? Bangun tengah hari. Badan awak tu dah kena tindih matahari tau tak ?"

Aku cuma senyum. Habis kurang pun aku kunci mulut. Sebab mulut penuh dengan air liur basi.

Waktu petang pula, bila lepak-lepak sembang-sembang dengan bonda. Ayat ni akan selalu muncul di bibir Bonda.

"Kakak ni nak jadi apa ? Siang mengantok, malam berjaga. Jangan amal macam tu. Tengok pipi dah makin tembam ! "

Hehehe. Ayat last sekali tu aku ambil dari atok aku. Tak keluar macam tu pun kat mulut bonda aku. Hehe. Btw, aku memang kelawar. Waktu siang rehat, tidur. Waktu malam macam ni baru aktif. Tapi....

One fine day, aku rasa bende yang aku buat dan amalkan ni tak betul. Mengarut. Tak berfaedah langsung. Dengan cerita korea yang entah pape tah. Aku dah mula naik muak. Langsung tak datangkan faedah.

And then, tadi aku luahkan apa aku rasa dekat bonda. She said stop watching the movies and dramas. You don't gain any thing from it. You just waste your time. And now you started to fed up.


#Moral of value. Aku kene ubah diri aku. Kalau bukan aku siapa lagi ? =.=

Tiada ulasan: