Rabu, 4 Januari 2012

#12



Malam.

Aku, cookies dan Woods'. Tiada apa yang menarik. Bayu malam ? Tiada. Tingkap terkunci rapat. Sudah lama aku tak keluar malam. Sebab ? Tiada sebabnya. Rutin hidup makin berubah. Segalanya makin jemu. Mengeluh.

Sebenarnya aku nak bongkar rahsia sedikit malam ni. Rahsia 3 tahun yang lalu. Kadang aku terfikir, betul ke apa aku buat 3 tahun yang lalu ? Huh. 

Tiga tahun kau ada dalam carta hati aku. Kalau carta hati sahaja tak apa. Aku tak kesah bro. Tapi kau yang atas sekali. Itu yang jadi problem bro. Problem. Kau paham tak ? Aku tak nak guna bahasa "gua lu" tu kasar bro. Harap kau faham. Aku tak tau sama ada aku yang crush-kan hati kau, atau kau yang crush-kan hati aku. Aku tak tau. Buntu. 

" GAMEOVER. "

Itu sahaja kata terakhir aku. Kejamkan ? Lagi kejam dari pembunuh bersiri. Aku tak rasa kau cool bila aku spit the word. Kau pun macam nak cover line kau masa tu. Takpe aku faham. Kalau aku di tempat kau sekali pun aku akan buat benda yang serupa. Benda dah jadi nak buat macam mana kan?

Pasal sebab-sebabnya tu, tak perlu lah bagi tau sekarang. Setakat ni pun dah cukup lah kan ?



#Deduksinya : Kau dah turun tahta dari carta hati aku yang paling atas sekarang. Aku HAPPY ! Alhamdulilah. 2012 memang bawa sesuatu yang baik bagi aku. "Keamanan"


*senyum*




With love, Junks.

2 ulasan:

NiaLidia. berkata...

wohoooooooo , blog ni hebat :)

I'm JUNKS berkata...

Thankss :)