Ahad, 1 Januari 2012

2012


Hujan baru sahaja berhenti. Sally, kucing kacukkan aku masih lena di atas sofa dalam bilik aku. Dengan alunan Al-Quran yang menenangkan jiwa aku mulakan tahun 2012. Moga azam aku tercapai.

*diam

Azam ?

*sunyi

Azam aku. Aku nak boyfriend bernama AZAM. Sebab aku nak semua azam aku tercapai tahun ni. Lol ! Sorry sikit. Aku tak lah kolot macam tu sekali sampai mende macam tu pun boleh percaya. Sighed. Besok kawan-kawan aku yang kena PLKN siri 1 akan pergi ke penempatan masing-masing. Aku pulak? Hah, aku punya cerita tak tahu lagi, tapi yang pasti aku akan gerak menyusul jejak langkah mereka juga nanti. Senyum.

Masuk balik cerita pasal azam aku 2012, aku akan tunaikan azam-azam aku yang tertunggak pada tahun sebelumnya, especially DIET. Hahaha. Pangg! Satu tapak tangan saiz XL melekat di pipi aku. Jangan nak beranganlah. Nak diet konon, baru jer tadi makan 1 pinggan nasi goreng superb lepas tu ada hati nak bagi tau orang yang baca blog ni nak diet. Diet dalam mimpi jerlah. Habis cerita.

Azam-azam JUNKS (bukannamasebenar) :

-Nikon DSLR D3100
-Lesen kereta
-Instax film (nakbanyakgilerberjutamillionzillion)
-Nak bangun awal pagi walaupun dah tak sekolah. =,=
-Straight's A+ , InsyaAllah.
-Nak keep a distance dari Ex aku. (Hatitabahlah,jangankobodohhantarsignaldekatotakkatarindumamattakgunatu!)
-Tak nak kapel dah (Penting ke ? =..=)
-Nak solat awal waktu, InsyaAllah, Aminn... ;)

Lagi ? Hurm. Dah la tu. Tak boleh list banyak-banyak sangat takut tak terlaksana macam azam aku nak diet. Hahahahahhaa. Bagi makhluk maya yang lain aku nak ucap selamat tahun baru, semoga panjang umur dan murah rezki selalu. Panjang umor kita jumpa dalam mimpi. K, bai.


Assalamualaikum w.b.t.




With love, Junks

Tiada ulasan: