Sabtu, 7 Januari 2012

Emosi


Hari ini aku haru biru. Gelora mendidih dalam hati. Marah - Mainan syaitan. Dan aku hampir terjerumus ke dalamnya. Wuduk - Salah satu cara hendak meredakannya. Dan aku berwuduk. Muka aku panas apabila selesai berwuduk Merah padam . Itulah gambarannya. Sampai satu tahap aku menitiskan air mata.. Hari ini tidak seronok. Langsung tidak ! Segalanya kacau bilau. Baru hendak mencari rezeki yang halal. Ada sahaja rintangannya. Subhanallah.. Mengeluh panjang.

Segala tidak tanduk aku dikecam. Mungkin ada silapnya. Aku tahu aku manusia yang tak sempurna. Aku dapat terima. TETAPI tidak perlulah diulang perkara yang sama berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali. Aku faham apa yang dimaksudkan. Sampai satu tahap telinga aku panas.

Ini dugaan-Nya. Cabaran hidup. Kanvas kehidupan kosong jika tiada cabaran. Tiada coretan. Tapi kadang kala sabar ada tahapnya. Jika sudah terlebih, maka makan hati berulamkan jantunglah jawabnya. Tadi siang perut aku masuk angin. Mengapa ? Mungkin sudah ditetapkan begitu. Hampir sahaja melenting. Tidak. Aku memang melenting tadi. Alhamdulilah, aku ada peneman di waktu siang tadi. Sungguh tidak tahan. Telinga aku ada limit. Limit di mana, tahap pendengaran aku sangat tajam. Pantang mendengar tujahan-tujahan peluru berpandu. Terus kencang mulut aku membidas !

Ya-Allah, aku memohon kepada Mu, buanglah sifat mazmumah dalam diriku ini. Tabahkan lah aku hadapi dugaan ini. Tingkatkanlah tahap kesabaran hamba Mu ini. Hanya pada Mu aku memohon pertolongan Ya Rabb. 





#Trimas, kasih/sayang/sepupu/sahabat/kakak/senior/unni atas segala nasihatmu. Aku harap kau selalu ada di sisi aku. Teguran itu sangat penting dan berharga bagi aku.



With love, Junks.

Tiada ulasan: