Ahad, 15 Januari 2012

Gadis Nasi Goreng



5:54 AM

Aku masih belum terlelap. Menantikan azan Subuh. Kondisi badan aku tidak akan bagus jika aku teruskan tabiat gila ini. Masih lagi berjaga. Dan nanti pagi sehingga tengah hari aku akan melentok di atas katil. Tidur. Sudah 2 atau 3 hari aku amal tabiat buruk ini.

Aku juga masih obses dengan Nasi Goreng. Tadi malam, perut aku keroncong. Nasi goreng jadi hidangan. Hidangan yang tinggi dengan kalori dan minyak. Sigh. Tak tau dari mana datang tabiat ni. Mungkin berjangkit dengan seseorang suatu ketika dahulu. Aku - Gadis Nasi Goreng. Bukan Gadis Semasa okay ? 

Junks - Bad habit suka memasak. - Pipi makin tembam asyik makan nasi goreng. 

Blackie - kucing kesayangan aku masih juga amal mengentuk tingkap bilik aku. Tanda nak masuk bilik.


Azan Subuh sudah bergema.
Makhluk tuhan, bangunlah mengerjakan solat.
Jangan tinggalkan suruhan Tuhan.
Kerna
Itulah amal yang membantu kita,,
Dunia dan Akhirat.


Selamat solat Subuh. 




Assalamualaikum





With love, Junks




6 ulasan:

Rapunzel Cikilolo berkata...

nasik goreng? tu makanan orang bergelar student selalunye. hehe

I'm JUNKS berkata...

Hahahha, dah jadi fav. Nak buat macam mana ? Macam-macam style nasi goreng dah aku dah try. :D

Mazri Khairil Mazri berkata...

faveret tu..

paling feveret tu mkn nasi goreng kampung :D

I'm JUNKS berkata...

Semua jenis nasi goreng aku suka. Asalkan nama nasi goreng dah cukup.. haks. :D

Ckin Kembaq berkata...

bukan makanan student ja..orang bekerja pun..hehe
p/s : singgah sini..^_^

I'm JUNKS berkata...

InsyaAllah :)