Sabtu, 18 Februari 2012

#16



Tengah malam.

Hari ini aku pilih untuk sambung kata putus. Sampai bila hendak simpan rahsia kan ? Walaupun kau tak tahu, aku tak kisah. Cuma ia sudah terlalu lama untuk disimpan. Kondisi diri tidak mengganggu aku untuk bercerita. 

"Sebab". Satu patah perkataan yang akan menerangkan banyak perkara. Disoal untuk mengetahui punca . Walaupun tidak ditanya secara direct. Tapi dari nada perbualan, sudah pasti dapat diagak. 

Bila aku keluarkan kata putus. Tiada satu soalan pun yang kau ajukan. "Kenapa kau nak putus ?" , " Kau memang dah plan nak kenakan aku ke ? " , "Kau tak guna!" and so on. Aku mengharapkan salah satu soalan dan kata-kata itu.. Tapi sepertinya kau rela dengan keputusan aku. Dan memilih untuk tidak menyoal. Masing-masing mendiamkan diri. Suatu langkah yang tidak bijak sebenarnya. Tapi mungkin itu yang terbaik. Bagi kita yang masih belum matured suatu ketika dahulu.

Gameover - Sebab aku dicabar. Sebab aku marah. Sebab aku rasa tertipu. Sebab aku rasa kau dah tak sayang aku. Sebab aku rasa semua ni tak guna. Sebab paling utama KAU LEBIH SAYANG BOLA DARI AKU.

Ohh bodoh nya. Heh. Jawapan yang teringin sangat aku beri pada kau dahulunya. Tapi tidak kesampaian. Haha. Bravo. Walaupun tak kesampaian tapi sekarang aku rasa lebih senang begitu. Ada hikmah juga disebalik itu rupanya. Subhanallah. Kalau tak pasti lagi berpanjangan. Makin memedihkan. Sangat menyakitkan. 

Satu beban berat sudah aku lepaskan dahulu. Alhamdulillah. Aku tak rasa keputusan itu salah. Ada jodoh ketemu lagi. Tapi aku harap cerita kita tamat di situ. Senyum.

Kadang kala lebih baik diluahkan daripada dipendam. Sebab nanti makin lama, makin bengkak. Walaupun aku dah lama lepaskan. Tapi sisanya masih berbaki lagi dihati. Lumrah kehidupan. Semua orang pernah dan akan jatuh cinta kan ?

Cuma tidak diketahui siapa, bila dan di mana..




Tarik nafas, hembus perlahan-lahan. 



With love, Junks

2 ulasan:

Teenager Housemaid berkata...

kisah ini pengalaman ini akan mematangkan awak di masa akan datang...

'dia' yang tercipta untuk awak, pasti juga menunggu awak..:)

I'm JUNKS berkata...

InsyaAllah. :')