Isnin, 27 Februari 2012

#18


Hujan sudah berhenti. Separuh hari aku jalankan kehidupan hari ini. Apa yang aku perolehi ? Makan, minum, tidur dan internet. Benda dah jadi rutin. Penganggur macam aku ni apalah sangat ? Jika tidak di sini hidup aku bermula, lain tempat, lain masa, rutinnya pun akan berbeda.

Aku harap aku dapat keluar dari rutin ini. Melakukan suatu yang ekstrem. Dalam mimpi jer lah.

Bila aku tengok langit mendung, aku terfikir, bagaimana agaknya masa hadapan aku. Cerah seperti sinar matahari dikala pagi, mendung seperti awan berarak sepi atau gelap macam tiada bulan dan bintang yang bersinar di malam hari ? Sigh.

Kehidupan. - Mesti diteruskan. Walaupun setahik mana pun hari kau, sewangi mana pun baunya atau sesakit mana pun hati kau, hidup mesti diteruskan.

1 ulasan:

Teenager Housemaid berkata...

:)
sama seperti perasaan saya sekarang..:)