Sabtu, 24 Mac 2012

Be Bold

Sekarang aku tau. Semua orang sibuk isi borang. Sambil tanya,

 "Kau mintak U mana ? Jurusan apa ? Scholarship apa lagi yang kau mintak ? " 

Senior aku pesan, mintak je semua. Dapat ke tak kemudian cerita. Dan sekarang jawapan aku bagi soalan di atas, aku mintak mana-mana yang available dan cukup syarat bagi result aku. Alhamdulillah setakat ini okay belaka, tapi aku juga mempunyai halangan dan kesulitan yang tersendiri.

Apa-apa pun all the best kepada semua budak-budak 94's. Aku tahu tahun ni agak tough, bila sampai sekarang JPA tak buat apa-apa kenyataan pasal biasiswa untuk pelajar 94's. Saingan amat sengit untuk masuk universiti. Aku tahu tu. Banyak-banyak lah bersabar, aku tau ramai yang tertekan. Aku pun sama.

Bismillahhitawakaltualallah.

Itu je yang aku mampu katakan. Semoga Allah memudahkan urusan kita. Insya-Allah.



Assalamualaikum.


With love, Junks.


Tiada ulasan: