Sabtu, 28 April 2012

Interview Yayasan Terengganu 2012


Petang,

Disebabkan hari ini aku ada banyak waktu senggang jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku semasa temuduga YT, minggu lepas. Fyi, aku dapat dua temuduga minggu lepas dan alhamdulillah dua-dua temuduga tu tak clash pada hari yang sama. However, agak memenatkanlah sebab dari KT ke KB and then to Seri Iskandar untuk temuduga UTP. Tapi post untuk hari ini aku tak nak cerita pasal UTP Interview, tapi pasal Yayasan Terengganu punya Interview. Untuk biasiswa/pinjaman Yayasan Terengganu, terbahagi kepada dua. First, IQ Test aka Ujian Bertulis. Second, barulah interview.

22nd April baru ni aku pergi buat IQ Test dan keesokan hari aku kena temuduga. Ada juga perserta yang kena temuduga pada hari yang sama semasa buat IQ Test tuu. At first aku ingat nak mempercepatkan temuduga, sebab keesokan hari aku nak kena balik KB untuk naik bus ke Tronoh. Tapi bila fikir balik aku rasa tak cukup bersedia lagi nak kena interview ni. Then aku undo balik kepada tarikh yang asal iaitu keesokan harinya.

Keesokan harinya aku, interview aku dapat bermula pukul 12.30. Tapi aku bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 sebab aku tumpang kawan aku Sarah untuk ke Wisma Yayasan Terengganu. Interview Sarah start dalam pukul 11, tu yang aku sampai awal. Bila aku sampai, aku nampak dah ramai yang menunggu turn untuk temuduga ni. Untuk 22 dan 23 April, interview ni untuk pelajar yang mintak sambung belajar ke Jordan untuk buat medic di bawah Yayasan Terengganu. Dan bagi tarikh 23 dan 24, kalau tak silap aku untuk pelajar yang mintak sambung ke Rusia untuk buat medic.

Bila sampai tu, aku kena isi interview application, kalau tak silap aku lah.. Then duduk sembang-sembang dengan Sarah pasal interview ni. Bila group yang kena interview tu dah keluar, semua orang sibuk tanya, apa yang panel tu tanya.. Aku pun tak lepaskan peluang lah kan.. Nak tau juga soalan apa yang diorang kena soal. Huhuhu.. Tak lama lepas tu, around 12.00 tengah hari, kakak dekat depan meja urus setia tu panggil nama aku.  Aku dapatlah nombor 5 dari 6 dalam group tu. Setiap orang dibagi kad nombor. Group aku ni group last sebelum panel tu berehat dan sebelum sesi petang dimulakan. Dalam pukul 12.30 group sebelum aku pun keluar dari bilik interview. Surely I was nervous. First time lah katakan interview ni.. Sebab aku jangka UTP akan jadi first interview aku. Rupanya tak, Yayasan Terengganu yang seru aku dulu. Hahaha :D

Okay stop iklan. Sambung balik cerita, lepas dah dapat nombor giliran masing-masing, kita orang pun pergi lah nak masuk bilik tu. Disebabkan tak ada orang lain yang berani masuk dahulu aku pun buat beranikan diri masuk bilik tu. Bagi salam, dan duduk tempat masing-masing mengikut turutan nombor yang kita orang dapat. Aku pun duduk dekat kerusi nombor lima. Sebelah kanan aku perempuan, sebelah kiri aku lelaki. Senyum. Kita orang dapat 4 orang panel. 3 lelaki, seorang perempuan. Dan yang perempuan tu kalau tidak silap dia seorang doktor. Kedudukan aku tepat-tepat dihadapan panel. Nervous siot. o_o

Then mulalah sesi intoduce diri masing-masing. Masa perkenalkan diri, kita orang semua memang kena speaking. From number 1 to 4, kalau tak silap aku semua dari Boarding School or Elit School. Masuk jer turn aku, aku sorang jer SMK Harian Biasa. Fuhhhhh.. Rasa rendah diri siot lahkan. Tapi, masa tu aku tak patah semangat lagi. Then mamat sebelah aku tu dari KISAS, ketua pelajar sekolah tu. Aku macam tercengang kejap.. "Huh?"  Makin lah terasa rendah dirikan. Fuuuuuu.. Introduction aku tak berapa baik, sebab tiba-tiba jer silent mood sekejap.. Ayat yang aku nak cakap tu blank sekejap. But Alhamdulillah boleh sambung balik lepas tu. Tak lama sangatlah silent mood aku. LOL !

Lepas tu started lah debate. Mula-mula soalan kot Bahasa Inggeris. Panel depan aku tanya nombor apa yang  glemour dalam dunia ni. Start dengan mamat sebelah aku dulu.. Dia cakap number 7, explanation dia memang pergh! dan berkaitan dengan Islam. Memang aku tabit double spring dengan mamat ni. Bila turn aku, aku cakap number 1, sebab semua orang nak jadi nombor 1 dalam dunia dan aku ni anak tunggal. Hohoho. Apa punya alasan lah aku ni. Hakhakhak.

*k. Stop laughing at me

Continue with ze story, kemudian interview kita orang berubah dalam Bahasa Melayu. Tanya soalan pasal kementerian kesihatanlah, pengarah hospital dan ketua kesihatan negeri Terengganu dan ect. Tapi bab medic alhamdulillah group kita orang tak disoal banyak sangat pasal tu.. Cuma yang aku mention sebelum ni lah yang dia tanya. Lepas tu masuk bab politik. Pasal ambiga ada, Bersih pun ada, pasal MB Terengganu ada, dan the best part is, PASAL BOLA SEPAK TERENGGANU yang baru ni pun ada. Fyi, dia tanya team terengganu yang kalah baru ni nak salahkan dekat MB ke ? Okay, kita orang senyum jer. Takkan lah nak salahkan MB, bola mana ada terlibat dengan politik. Hoho.. Memandai jer aku ni.

Hot topik seterusnya yang berlangsung selama 30 minit itu ialah, "ROKOK HARAM KE?" dan "ULAMA di MALAYSIA". Pasal rokok, group kita orang mengatakan haram dan makruh. Dan jawapan kita orang dipersoalkan oleh panel yang mana patut diikut. Huhu. Kita orang jawablah kan dengan jawapan yang sepatutnya.. Isu ni agak panas dalam bilik temuduga tu.. Hihihi. Lepas tu bila keluar pasal ULAMA panel tanya, nama-nama ulama kat malaysia, ustaz or ustazah kita orang kat malaysia tu ulama ke tak ? Hoho.. Lepas tu ada yang sorang dari group kita orang bagi definisi ULAMA ni. Then macam-macam lagilah. Lepas tu, bila aku ada chance aku pun cakaplahkan. - Sebenarnya rakyat Malaysia ni diorang anggap ULAMA ni ialah orang alim dan arif dalam prihal agama sebab mindset diorang dalam minda masing-masing. Bila sebut jer ulama mesti terbayangkan berserban dan orang kuat agama. Lepas tu habis pasal Ulama ni.

Ada lagi a few questions yang ditanya tapi aku tak ingat. Minta maaf di atas kekurangan atau kesilapan dalam post kali ini. Ini sekadar perkongsian aku semasa temuduga. First time lah katakan. Senyum.



Lepas tu tamat dalam pukul 1.00 ptg. First of all, aku bersyukur sebab dapat duduk depan panel yang banyak tanya soalan. Itu jer chance aku nak bercakap banyak dengan diorang. Hihihi.. Hanya 2 orang panel depan aku jer yang kerap tanya soalan. Yang dua orang lagi mendengar penjelasan kami semasa interview. Walaupun aku ni budak sekolah harian biasa je, tapi aku cuba sedaya upaya menonjolkan diri. Dan btw, interview ni so far best lah juga, walaupun mula-mula gelabah bila tak ingat skrip. LOL! Dialek Terengganu pun terkeluar jugak bila nak sebut RIBA jadi RIBE. Hahahahaha. Part di mana panel gelakkkan aku. Hahaha. Dengan aku sekali tergelak, lepas tu betulkan balik pronounciation.

Bagi orang lain, walaupun korang dari sekolah biasa-biasa je macam aku ni, jangan mudah putus semangat. Sebab setiap orang ada kelebihan masing-masing. Don't worry, semua orang akan rasa nervous mula-mula tu. Tapi bila dah biasa dengan suasana dalam semasa interview tu semua akan baik-baik belaka. Sebelum nak menjawab soalan dari panel interview, fikir masak-masak dahulu sebelum menjawab sebab setiap soalan ada trick dia. Jangan jawab dulu fikir kemudian pulak, nanti termasuk perangkap soalan susah nak keluar balik. Sebab time interview ni, banyak soalan trick dan kena fikir panjang sebelum jawab.

Tu jer untuk post kali ni. Nanti pengalaman aku semasa interview di UTP akan menyusul kemudiannya.



Assalamualaikum w.b.t

4 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

all the best with YT :)

I'm JUNKS berkata...

tq :)

Tengku Elyani Nazirah Tengku Mohamad Zulkifli berkata...

Akak jwb ape ble dye tnye knpe akak nk jd doktor? Akak apply mcm mne?

I'm JUNKS berkata...

boleh check dekat portal YT or boleh pergi sendiri dekat pejabat YT untuk isi borang. Masa tu jawab mengarut je, sebab nak tolong mak ayah bila sakit. :P