Selasa, 17 April 2012

Memo Hati.


Malam.

Aku masih di sini. Di temani kekasih hati yang baharu - Tokwan. Sally sudah lama meninggalkan aku. Walaupun aku menagis, melalak sampai naik rak sekalipun, tiada apa yang dapat mengembalikan Sally kesayangan aku. Menguluh. Mungkin itu sudah ajal dia. Aku redha dengan pemergiannya.

Dan kini, malam aku kembali bersinar lagi. Duduk di luar rumah ketika sudah hampir 4.00 pagi, aku tenum langit kalbu. Gelap. Itu sahaja yang dapat aku nyatakan. Kalau dulu aku nantikan bulan, dan ada kalanya, air mata aku mengalih di bawah sinarannya. Tapi malam ini, langit kelam. Sekelam hati aku. Masih tidak aku buka pintu hati ini untuk sesiapa sahaja bertandang kecuali orang yang benar-benar aku kenali dan yang pasti, aku cinta akan mereka semua. Alhamdulillah. Satu rasa nikmat yang tidak terkira. Dan aku cintai mereka hanya kerana Allah. Senyum.


2 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

selamat melayan perasaan :)

O CIKTEDDY berkata...

cinta..indah,mengindahkan..adakalanya sakit terasa,bukan apa..dugaan mencinta manusia...moga cinta sahabat kekal utuh seutuh cinta kita padaNya =D