Rabu, 11 April 2012

Priceless, Itu Jawapannya.


Untuk dapat seorang sahabat sejati, berapakah harga yang perlu aku bayar?

...

Dari kecil, aku dibesarkan sebagai anak tunggal, erti seorang sahabat masih dalam pencarian. Bila, mana, siapa ? Itu yang selalu aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Untuk dapatkan seorang yang sempurna, sudah pastinya mustahil. Kerna tiada siapa pun yang sempurna termasuk diri aku sendiri.

Apakah pula harga untuk sebuah persahabatan ?

...

Juga masih belum ternilai harganya. Masa dahulu, aku fikir aku sudah jumpa seorang sahabat sejati. Rupanya bukan dia. Persahabatan kami erat hanya kerana dia teman sebilik dengan aku. Entahlah.. Aku pun tidak tau. Namun, tidak lama selepas itu, segalanya berubah.. Adakah silap aku sendiri atau persekitaran yang mengubah haluan kami.. Di tanya untuk tinggalkan buah hati sendiri. Dan aku turutinya. Mungkin bodoh, tapi aku tetap pilih persahabatan kami. Kerna aku tau, untuk dapat seorang sahabat bukannya mudah. Kami ada geng, dan geng tu tak bawa ke mana. Mungkin aku sahaja yang mengambil serius perihal itu dan yang lain hanya mungkin menganggap gurauan dan cabaraan bagi cinta gila aku dulu. Mengeluh.. Tapi akhirnya ada kebaikannya juga atas apa yang berlaku. Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kita semua. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu yang aku pegang sampai sekarang. Bersangka baik terhadap semua perkara. Senyum.

Tidak kira siapa, bila, atau di mana aku ketemu erti dan sebuah persahabatan aku akan tetap terus menunggu. Kerna aku tau dalam hati ini siapa yang bertahta dan semoga Allah merahmati dirinya. Amin. :')


Ukhuwah fillah abadan abada. :)

2 ulasan:

Rapunzel Cikilolo berkata...

sahabat sampai mati? ko perlu carik suami. huhu

I'm JUNKS berkata...

Hahaha, suami? Not now. Hahahahahha XD