Sabtu, 25 Ogos 2012

IMAN

Iman ni naik dan turun. Itu statement yang aku buat lepas pemerhatian aku sendiri. Sebenarnya, aku pun sama. Tak menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri. Sekejap alim sekejap tidak. Kadang terfikir macam mana nak terus naik? Mungkin ada perkara yang masih membuatkan aku lalai. Aku tau ada sesuatu. Aku yakin. Sesuatu yang menghalang aku. Tapi kadang, untuk melawannya kembali bukan mudah. Kau tau kan maksud aku? Nafsu. Itu yang aku nak bagi tau. Itu yang selalu buat iman seseorang naik dan turun. Tapi bukan itu jer. Kau sendiri tau pemangkin yang lain. Tahu, tapi selalu buat-buat tak tahu. Aku musykil. Dan ada tikanya mengapa walaupun dah tahu perkara tu tak baik tapi masih juga suka/buat perkara tersebut? Aku tak tuju kepada siapa-siapa. Alih-alih diri sendiri juga yang terkena. Hurm.. Boleh jadi, perkara yang kita suka, ada kalanya racun bagi kita,dan perkara yang kita tak suka itu penawar bagi kita. Macam ubat, walaupun pahit, masih juga ditelan, kerna dalam pahit itu ada penawarnya.

Aku mencari solusi, tapi solusi tanpa gerak geri, sia-sia.

With love,
Junks

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiada ulasan: