Ahad, 16 September 2012

Qudwah Qabla Dakwah.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia. Sudah berabuk laman sesawang aku ni dek kerana lama sangat tak post mana-mana entry. Malas; itu sahaja puncanya.

Aku dah lama fikir pasal perkara ni. Perkara yang selalu bermain di minda. Macam mana aku hendak menyampaikan dakwah?

Aurat. - Satu masalah yang aku teramat concern especially bila melibatkan aurat wanita. Teringin sekali aku menegur. Tapi aku tak rasa aku punyai kekuatan itu. Aku tau diri sendiri pun masih lemah ni kan pula hendak membimbing orang lain. Sampai satu tahap aku tunduk malu apabila melihat aurat wanita ni. Sedih. Sebab, ada yang tahu tentang batas-batas aurat ini, tapi masih buat tak endah. Masih tulikah telinga apabila banyak ceramah-ceramah yang disampaikan mengenai aurat. Yang tak tahu, tidak mengapa, kita boleh dedahkan kepada mereka. Tapi mengapa bagi segelintir yang mengetahuinya masih buat endah tak endah pasal perintah Allah ini? Hebat sangatkah kita bila perintah Allah pun kita langgar?

Tadi siang, aku memerhati. Wajah yang sangat aku kenali. Walaupun tidak pernah bersua kata tapi aku masih kenal dia itu. Aku memerhatikan dia, cantik. Itu yang terlintas dibenak fikiran aku. Tapi sayangnya, alangkah bagus dia menutup aurat dengan sempurna. Namun untuk aku menegurnya, apakah daya? Aku tahu Allah cuba bagi aku peluang. Tapi sayang, peluang pada siang tadi aku biarkan bergitu sahaja. How pathetic I am?

Tadi, seorang sahabat di Mukabuku ada men"tag" aku mengenai cerpennya. Menitis air mata aku tika membacanya. Apa yang menarik perhatian aku ialah bila terbaca satu petikkan ini:

WAHAI SAHABAT , SUDAH MENJADI CITA-CITAKU UNTUK BERPIMPIN DENGAN MU KE SYURGA-NYA. JIKA AKU TERGADAH DI TALI NERAKA , ENGKAU LAH YANG AKU HARAPKAN UNTUK MENGHULURKAN TANGAN. JIKA ENGKAU TERBELENGGU DENGAN RANTAIAN NERAKA , AKU HARAP AKU LAH YANG AKAN MEMBUKANYA. UHIBUKAFILLAH SAHABAT .


Ya Allah, betul-betul menyentuh perasaan aku. Dan pada cerpen itu juga aku mengenali kalimah baru "Qudwah Qabla Dakwah" -Tunjuk contoh sebelum menyampaikan. Aku sangat tertarik dengan kalimah tersebut. Mana tidaknya? Ia memberikan aku satu sumber inspirasi yang baru pada diri aku untuk berdakwah. Aku rasa kau faham maksud aku. "Tunjuk contoh sebelum menyampaikan."

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan sesuatu pada aku tika di awal pagi yang lena ini. Alhamdulillah.





p/s: Berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik juga merupakan suatu jihad.





With love,
Junks

Tiada ulasan: