Sabtu, 3 Ogos 2013

Aku Di Sini.

Saturday, 3 August 2013

Assalamualaikum wbt. Maaf, kerana blog ini tergendala buat seketika. Buat yang menanti blog ini untuk di update terima kasih. Penantian anda teramatlah panjang. Maaf sekali lagi. Mengeluh.

Aku nak ucap salam ramadhan al-mubarak. Dah masuk 25 Ramadhan dah hari ini. Tak lama dah nak raya. Dan Ramadhan akan meninggalkan aku lagi. Sebenarnya aku takut. Takut tak sempat menyambut Ramadhan lagi.

Akhir-akhir ini, aku selalu teringatkan mati. Mungkin besok aku mati. Mati itu pasti cuma tidak tahu bila. Dosa aku masih bergunung. Pahala aku cuma sebesar kuman. Sedih melihat diri. Mencari malam Lailatul Qadar. Mengharapkan diri dapat ketemu malam seribu bulan. Beribadah pada yang satu.

In Sya Allah. Blog ini akan kembali beroperasi, dan kisah-kisah hidup aku beberapa bulan yang lepas akan aku tuliskan. Banyak perkara yang berlaku. Hati ini selalu berbolak-balik, sebab ia kerja Tuhan Yang Satu.



Selamat bersahur.

3 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

peringatan yang baik tentang kematian.

semoga peringatan tu memberi satu momentum amalan yang baik buat kamu

dan kamu dipermudahkan urusan

:)

Rapunzeel Cikilolo berkata...

peringatan yang baik tentang kematian.

semoga peringatan tu memberi satu momentum amalan yang baik buat kamu

dan kamu dipermudahkan urusan

:)

Chuu Muqhlis berkata...

salam syawal :)