Jumaat, 11 April 2014

6 Tahun Tanpa Sakura Dalam Hati.



6 tahun ; aku divorced dengan perasaan sendiri. Tak ambil tahu apa rasa hati ini. Kering kontang seperti padang pasir. Tapi baru sahaja minggu ini, Allah uji hati aku selepas 6 tahun. Mungkin bertanya khabar, sihat atau tidak hati ini? Masih mengikut fitrah hati atau tidak hati aku ini. Alhamdulillah ianya masih berfungsi. Tapi, sebenarnya hati aku sakit lagi. Sakit dengan perkara mazmummah dan bukannya sakit kerana taman dalam hati sedang mekar berbunga.

Aku tanya diri sendiri. Apakah rasa ini? Aku tak mengerti. Langsung tidak. 6 tahun aku asingkan hati dari rantai rasa. Takut kecewa lagi, jadi aku tetapkan hati pada Yang Satu. Namun beberapa hari yang lalu hati ini terbeban kembali. Aku tanya lagi diri sendiri. Apakah rasa ini? Aku tak mengerti.

Dada mula sesak, jantung berdegup tak menentu. Aku agak ia mainan hati sahaja, tapi keadaan tidak menentu. Jadi aku tanya pakar hati. Apakah rasa ini? Dijawabnya, mungkin rasa suka telah berputik kembali. Akal aku cuba nafi. Dipesannya kali ini, minta pada tuhan agar kuatkan iman dalam hati, bukan mengikut nafsu sendiri.

Parah hati ini. Banyak yang diuji. Aku masih tak mengerti. Jadi aku kata pada hati, kalau benar ini rantai rasa, biarkan ia berlalu pergi. Jangan biar ia malukan diri, kerana tuhan sedang menguji.


5:00 Pagi -  Moga hati tak menjauhkan diri dari tuhan. Amin.

Tiada ulasan: