Khamis, 10 April 2014

Jujur


Jujur aku cakap, tipulah kalau dalam hati ini tak ada rasa riak, angkuh, sombong, lagi berlagak nak mampus. Semua perasaan yang buruk-buruk dalam hati aku, aku buat konklusi sendiri bahawa hati aku ini sakit sebenarnya. Aku tahu ada masa aku jauh dengan Tuhan. Aku tahu kadang-kadang aku alpa dan leka.

Dah beberapa tahun yang lalu hati yang sakit yang amat parah. Dan hendak pulihkan hati yang sakit bukan mudah. Aku ambil masa yang lama untuk sampai ke tahap ini, tapi hati yang sakit bukan mudah untuk diubat.

Allah, Kau baru sahaja memberi nikmat yang sedikit kepada aku, tapi hati ini mula riak, mula takbur dengan nikmatMu, sampai lupa untuk bersyukur. Aku tak mahu hipokrit, jujur aku kata, ada kalanya aku rasa riak dengan nikmat yang Allah bagi pada aku. Terus terang aku katakan, aku takut hati ambil alih tugas akal.

Tuhan, kau tahu bertapa kotornya hati aku. Tak terkira banyaknya nikmat yang Kau bagi pada aku, tapi aku salah gunakannya. Tak terkira banyak mana Kau telah ampunkan dosa aku, tapi aku masih melakukannya. Allah aku lemah. Siapa aku tanpa peringatan yang datang daripadaMu.




2:03 Pagi ; Aku dapat rasa hati aku membengkak sakit memanggil tuhan.

Tiada ulasan: