Memaparkan catatan dengan label Memo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memo. Papar semua catatan

Rabu, 28 Ogos 2013

Bersyukur.

Aku bersyukur, aku tak sambung keluar negara,
kerna beberapa bulan lepas bapak dimasukkan ke hospital
dan aku berada di sisi dia untuk berikan sokongan.

Aku bersyukur, permohonan aku ditolak untuk ke Mesir,
kerna sekarang Mesir bergolak kembali.

Aku bersyukur, aku masuk di IPTA aku sekarang,
kerna banyak tarbiah yang dapat aku perolehi untuk baiki diri aku sendiri.

Aku bersyukur, aku tukar kos,
kerna aku rasa jalan aku dipermudahkan oleh Allah untuk terus belajar.

Aku bersyukur dengan setiap nikmat yang aku dapat.
Tapi aku malu dengan diri aku sendiri, kerana nikmat Allah tidak putus-putus tapi aku masih di sini, selalu bergelumang dengan dosa.

Ya Allah, ampunkanlah dosa aku.

NikmatMu terlalu banyak,
sehingga aku rasa aku tidak layak untuk merasai nikmatMu ini.


4.46 Petang - Green Tea Jasmine, drink till my heart's content

Selasa, 17 April 2012

Memo Hati.


Malam.

Aku masih di sini. Di temani kekasih hati yang baharu - Tokwan. Sally sudah lama meninggalkan aku. Walaupun aku menagis, melalak sampai naik rak sekalipun, tiada apa yang dapat mengembalikan Sally kesayangan aku. Menguluh. Mungkin itu sudah ajal dia. Aku redha dengan pemergiannya.

Dan kini, malam aku kembali bersinar lagi. Duduk di luar rumah ketika sudah hampir 4.00 pagi, aku tenum langit kalbu. Gelap. Itu sahaja yang dapat aku nyatakan. Kalau dulu aku nantikan bulan, dan ada kalanya, air mata aku mengalih di bawah sinarannya. Tapi malam ini, langit kelam. Sekelam hati aku. Masih tidak aku buka pintu hati ini untuk sesiapa sahaja bertandang kecuali orang yang benar-benar aku kenali dan yang pasti, aku cinta akan mereka semua. Alhamdulillah. Satu rasa nikmat yang tidak terkira. Dan aku cintai mereka hanya kerana Allah. Senyum.


Sabtu, 31 Mac 2012

Ukhwahfillah
















p/s: a picture could tell a thousand of stories.

Sabtu, 25 Februari 2012

Memo.


"Verily, with every hardship there is ease."