Memaparkan catatan dengan label Mentaliti manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mentaliti manusia. Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2012

Solusinya Bukan Dalam Saku Bajuku


4:32 AM

Bila masalah timbul, aku hanyut. Walaupun bukan berpunca dari aku, hati tetap tersinggung. Manusia - Ada hati, ada perasaan. Dan bila aku tak dapat keluarkan air mata, aku tonton drama sedih dan sitcom. Walupun tak sedih mana, tapi air mata tetap mengalir. Walaupun tak kelakar mana, aku tekan perut biar berderai ketawa. Tipikalnya bila aku hilang arah, yang tetap aku cari Dia jua. Walaupun aku menagis naik rak, ketawa sampai pecah anak tekak, semua tak menenangkan jiwa. Palsu belaka itu semua. Dan aku masih di sini, dengan aliran air mata, deraian ketawa sambil dalam hati aku pohon doa agar semua baik seperti sedia kala.





Selasa, 31 Januari 2012

#15



Hidup ni tak boleh pentingkan diri sendiri. Kau ingat kau seorang je ke yang hidup atas dunia ini ? Jangan jadi bodoh sombong. Ini nasihat sahaja. Untuk diri aku sendiri dan orang lain. Sama-sama menasihati. Tak salahkan ? Dan bila kau terima teguran, jangan terus melatah. Tak cool bro. Langsung tak. Terima sahaja teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Jangan terus marah. Kalau baik kita terima, kalau buruk, buat tak endah sahaja. Orang takkan tegur kita bila kita tak lakukan kesilapan. Semua orang ada hak untuk menilai. Tapi jangan jadi QUEEN CONTROL. So now, it's depend on you. To accept it or leave it.



Assalamualaikum w.b.t.





With love, Junks.