Memaparkan catatan dengan label Pancaroba Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancaroba Dunia. Papar semua catatan

Ahad, 16 September 2012

Qudwah Qabla Dakwah.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia. Sudah berabuk laman sesawang aku ni dek kerana lama sangat tak post mana-mana entry. Malas; itu sahaja puncanya.

Aku dah lama fikir pasal perkara ni. Perkara yang selalu bermain di minda. Macam mana aku hendak menyampaikan dakwah?

Aurat. - Satu masalah yang aku teramat concern especially bila melibatkan aurat wanita. Teringin sekali aku menegur. Tapi aku tak rasa aku punyai kekuatan itu. Aku tau diri sendiri pun masih lemah ni kan pula hendak membimbing orang lain. Sampai satu tahap aku tunduk malu apabila melihat aurat wanita ni. Sedih. Sebab, ada yang tahu tentang batas-batas aurat ini, tapi masih buat tak endah. Masih tulikah telinga apabila banyak ceramah-ceramah yang disampaikan mengenai aurat. Yang tak tahu, tidak mengapa, kita boleh dedahkan kepada mereka. Tapi mengapa bagi segelintir yang mengetahuinya masih buat endah tak endah pasal perintah Allah ini? Hebat sangatkah kita bila perintah Allah pun kita langgar?

Tadi siang, aku memerhati. Wajah yang sangat aku kenali. Walaupun tidak pernah bersua kata tapi aku masih kenal dia itu. Aku memerhatikan dia, cantik. Itu yang terlintas dibenak fikiran aku. Tapi sayangnya, alangkah bagus dia menutup aurat dengan sempurna. Namun untuk aku menegurnya, apakah daya? Aku tahu Allah cuba bagi aku peluang. Tapi sayang, peluang pada siang tadi aku biarkan bergitu sahaja. How pathetic I am?

Tadi, seorang sahabat di Mukabuku ada men"tag" aku mengenai cerpennya. Menitis air mata aku tika membacanya. Apa yang menarik perhatian aku ialah bila terbaca satu petikkan ini:

WAHAI SAHABAT , SUDAH MENJADI CITA-CITAKU UNTUK BERPIMPIN DENGAN MU KE SYURGA-NYA. JIKA AKU TERGADAH DI TALI NERAKA , ENGKAU LAH YANG AKU HARAPKAN UNTUK MENGHULURKAN TANGAN. JIKA ENGKAU TERBELENGGU DENGAN RANTAIAN NERAKA , AKU HARAP AKU LAH YANG AKAN MEMBUKANYA. UHIBUKAFILLAH SAHABAT .


Ya Allah, betul-betul menyentuh perasaan aku. Dan pada cerpen itu juga aku mengenali kalimah baru "Qudwah Qabla Dakwah" -Tunjuk contoh sebelum menyampaikan. Aku sangat tertarik dengan kalimah tersebut. Mana tidaknya? Ia memberikan aku satu sumber inspirasi yang baru pada diri aku untuk berdakwah. Aku rasa kau faham maksud aku. "Tunjuk contoh sebelum menyampaikan."

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan sesuatu pada aku tika di awal pagi yang lena ini. Alhamdulillah.





p/s: Berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik juga merupakan suatu jihad.





With love,
Junks

Khamis, 23 Februari 2012

Solusinya Bukan Dalam Saku Bajuku


4:32 AM

Bila masalah timbul, aku hanyut. Walaupun bukan berpunca dari aku, hati tetap tersinggung. Manusia - Ada hati, ada perasaan. Dan bila aku tak dapat keluarkan air mata, aku tonton drama sedih dan sitcom. Walupun tak sedih mana, tapi air mata tetap mengalir. Walaupun tak kelakar mana, aku tekan perut biar berderai ketawa. Tipikalnya bila aku hilang arah, yang tetap aku cari Dia jua. Walaupun aku menagis naik rak, ketawa sampai pecah anak tekak, semua tak menenangkan jiwa. Palsu belaka itu semua. Dan aku masih di sini, dengan aliran air mata, deraian ketawa sambil dalam hati aku pohon doa agar semua baik seperti sedia kala.





Khamis, 2 Februari 2012

#2QuickPost

#Nafsu ini untuk dikekang bukan untuk dilayan.





#Nafsu tidak tua :)







Tazkirah of the day.



Senyum.



Assalamualaikum





With love, Junks.

Sabtu, 21 Januari 2012

#14



Malam. - 12:15 AM

Tadi sore, aku perhatikan sepupu aku.

" Yes, task aku untuk hari ini COMPLETE ! "

Aku tercengang. Task ? - Itu yang menjadi tanda tanya dalam benak fikiran aku..

"Yerlah, task aku untuk hari ni nak habiskan satu Surah Al-Kahfi."

Aku terdiam.

"Kau tau apa manfaat surah ni ?"

Aku mengangguk dagu.

"Aku tahu, nak elakkan fitnah Dajjal."

Dia senyum.


- In other words, sebenarnya aku gembira dapat sepupu macam dia. And at the same time, aku jealous kerna aku tak mampu nak strict dengan setiap kerja yang aku lakukan. Asyik bertangguh.

Kejab lagi lahh.. 
Err, malam ni lahh.. 
Esok lah penat..

Aku tak mampu untuk bertegas dengan diri sendiri. Memalukan. Walaupun aku masih laksanakannya, namun ia tidak istiqamah dalam melaksanakannya.


# Ya Allah, bukakanlah pintu hati hambaMu ini untuk istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada Mu. Engkau tunjukkanlah kesilapan kami supaya kami dapat membetulkannya dan tidak sesat dari jalan Mu yang lurus.. Amin




With love, Junks.

Sabtu, 7 Januari 2012

Emosi


Hari ini aku haru biru. Gelora mendidih dalam hati. Marah - Mainan syaitan. Dan aku hampir terjerumus ke dalamnya. Wuduk - Salah satu cara hendak meredakannya. Dan aku berwuduk. Muka aku panas apabila selesai berwuduk Merah padam . Itulah gambarannya. Sampai satu tahap aku menitiskan air mata.. Hari ini tidak seronok. Langsung tidak ! Segalanya kacau bilau. Baru hendak mencari rezeki yang halal. Ada sahaja rintangannya. Subhanallah.. Mengeluh panjang.

Segala tidak tanduk aku dikecam. Mungkin ada silapnya. Aku tahu aku manusia yang tak sempurna. Aku dapat terima. TETAPI tidak perlulah diulang perkara yang sama berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali. Aku faham apa yang dimaksudkan. Sampai satu tahap telinga aku panas.

Ini dugaan-Nya. Cabaran hidup. Kanvas kehidupan kosong jika tiada cabaran. Tiada coretan. Tapi kadang kala sabar ada tahapnya. Jika sudah terlebih, maka makan hati berulamkan jantunglah jawabnya. Tadi siang perut aku masuk angin. Mengapa ? Mungkin sudah ditetapkan begitu. Hampir sahaja melenting. Tidak. Aku memang melenting tadi. Alhamdulilah, aku ada peneman di waktu siang tadi. Sungguh tidak tahan. Telinga aku ada limit. Limit di mana, tahap pendengaran aku sangat tajam. Pantang mendengar tujahan-tujahan peluru berpandu. Terus kencang mulut aku membidas !

Ya-Allah, aku memohon kepada Mu, buanglah sifat mazmumah dalam diriku ini. Tabahkan lah aku hadapi dugaan ini. Tingkatkanlah tahap kesabaran hamba Mu ini. Hanya pada Mu aku memohon pertolongan Ya Rabb. 





#Trimas, kasih/sayang/sepupu/sahabat/kakak/senior/unni atas segala nasihatmu. Aku harap kau selalu ada di sisi aku. Teguran itu sangat penting dan berharga bagi aku.



With love, Junks.